Gelangang Futsal Fantasi di Pagalungan, Nabawan!

Sukan Gelanggang futsal di Nabawan, Sabah yang dikelilingi pokok yang dibiar menjalar dan rumput hijau.

Macam dalam filem, futsal ‘dunia fantasi’ di Sabah

Bermain futsal di tengah-tengah suasana kehijauan bukan lagi ungkapan indah tetapi benar-benar menjadi realiti.

G
elanggang futsal seperti di alam fantasi, keindahan yang hanya terdapat di Sabah!

Keindahan alam semulajadi tiada bandingnya.


Pelbagai bangunan pencakar langit dan jambatan panjang boleh dibina tetapi tidak ada satu mampu menandingi alam semulajadi.

Di sebuah kawasan pedalaman daerah Pagalungan di Nabawan, Sabah telah mencuri perhatian rakyat Malaysia.


Hal ini demikian, laman bola sepak yang popular di Facebook, Harimau Malaya, telah berkongsi sebuah gambar gelanggang futsal yang terletak di tengah-tengah hutan.


Pokok-pokok yang sentiasa menghijau dan menjalar cantik tanpa diusik oleh manusia, menjadikan gelanggang futsal ini sebuah tempat permainan mesra alam.


Gambar ini telah dirakam oleh seorang guru SK Logongon di daerah tersebut.

Guru itu menggunakan dron bagi mendapatkan gambar yang cantik ini.


Menurut guru berkenaan, pokok-pokok itu sengaja dibiarkan tumbuh dan membesar kerana orang kampung lebih suka bermain sambil menghirup udara segar dan mengelak cahaya matahari yang terik.


Golongan pemuda yang kerap bermain di situ pasti tidak pernah jemu kerana bukan sahaja kekal aktif malah mempunyai suasana yang menyihatkan serta menenangkan.


Guru itu turut menambah, untuk sampai ke kawasan ini mereka perlu melalui jalan balak selama dua jam menggunakan kenderaan 4×4 dan mengharungi sungai selama satu jam.


Tempoh perjalanan dari sekolah ke gelanggang futsal ini pula ialah selama 15 minit dan melalui jalan berbukit.

Cantik bukan kawasan ini?


Sebenarnya, banyak lagi kawasan dalam negara kita yang belum kita terokai.

Semoga belia-belia yang bermain di situ satu hari akan mencipta nama sebagai pemain kebangsaan dan mengharumkan daerah Nabawan.


“Fantasi” itu dialami penduduk dan murid-murid Sekolah Menengah Logongan di Nabawan, daerah pedalaman Sabah.


Gelanggang itu dikelilingi pokok menjalar dan rumput hijau yang dibiar sebegitu bagi mengelakkan terik matahari selain membekal udara segar.

Gambar itu dirakam seorang guru menggunakan kamera dron Mavic Pro sebelum ia dikirim ke Facebook Harimau Malaya.


“Berada di sini seolah-olah kita berada dalam dunia fantasi dikelilingi pokok yang cantik dan tumbuhan yang menghijau macam filem Magika,” menurut coretan di media sosial itu.

Guru itu terpaksa melalui jalan balak selama dua jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan satu jam lagi mengharungi sungai untuk ke situ.


Menurut akaun Facebook tersebut, orang kampung atau murid-murid hanya berjalan kaki melalui laluan berbukit selama 15 minit untuk sampai ke gelanggang tersebut.

Tags

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Wah amazing di Nabawan..memenag sangat hebat dan aktif hirup udara segar..belum pernah ke sana

    ReplyDelete