Light Pillars di Pulau Kelambu, Kudat!

Orang semua kecoh pasal Light Pillar di Pantai Kelambu Kudat Semalam. Ini Adalah light pillar semalam di pantai Kelambu, tetapi gambar ini dirakam pada arah timur(sunrise) manakala gambar viral di The star adalah light pillar arah Barat(sunset). - Christianto Mogolid

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Light Pillars @ Tiang Cahaya di Pulau Kelambu, kudat,Sabah Sabah!!

Sekumpulan jurugambar menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku di langit Malaysia pada malam hari; Light Pillars. Light pillars itu dilihat dalam warna oren, merah, hijau, kuning dan putih, seperti menari di langit untuk beberapa jam.

Fenomena ini disaksikan berhampiran Pulau Kelambu, SABAH, yang terletak di hujung Borneo.


Jurugambar, Andrew Tan, pengasas Mentography; menemui cahaya itu sekitar jam 9 malam.


Mereka juga menyaksikan cahaya seolah menari di pertengahan laut berhampiran Pulau Kelambu. Fenomena itu beransur hilang sekitar jam 1 pagi.


Ini bukan kali pertama fenomena ini dilihat di Sabah. 2 tahun lepas disaksikan di Kota Kinabalu. Sebelum itu, cahaya ini dilihat di sekitar pantai timur Sabah pada 2006.

Apa itu Light Pillars (Tiang Cahaya)

Light Pillars (Tiang Cahaya) ialah fenomena optik atmosfera dalam bentuk menegak yang meluas ke atas atau ke bawah sumber cahaya.


Ini terhasil oleh pantulan cahaya dari banyak kristal ais halus di atmosfera atau awan.

Cahaya ini boleh juga terhasil dari matahari (kebiasaannya apabila ia hampir atau di bawah horizon) dan fenomena ini dikenali sebagai sun pillar @ solar pillar.


Ia boleh juga terhasil dari cahaya bulan atau lampu jalan.

Lokasi Light Pillar terkenal di dunia ialah di Iceland atau Norway yang dikenali Northern Lights.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.